Friday, July 10, 2009

KHASIAT BUAH LIMAU BALI



Buah limau bali bermanfaat bagi kesihatan. Kandungan pektinnya lebih banyak dibandingkan dengan limau jenis lain. Pektin inilah yang dipercayai mampu menurunkan kolesterol sekaligus mengurangi risiko sakit jantung.Hampir semua orang kenal buah limau bali. Isi buahnya yang segar dan banyak mengandung air, boleh terus dimakan setelah dikupas atau sebagai campuran salad maupun rojak.Buahnya yang berwarna putih (ada yang merah) dapat dijadikan manisan setelah dibuang bahagian kulit luarnya yang banyak mengandung kelenjar minyak. Di Vietnam, bunganya yang harum digunakan untuk membuat minyak wangi ( perfume ). Bukan hanya itu, kayunya juga sering dimanfaatkan untuk membuat perkakas alat dapur.Buah limau bali amat bermanfaat menurunkan kolesterol dan melawan penyakit jantung.Selain itu, limau bali juga baik untuk kesihatan gusi kerana kadar vitamin C-nya tinggi. Hal ini dibuktikankan oleh pengkaji di Universiti Friedrich Schiller, Jerman, yang menemukan kaitan kesihatan gusi pada mereka yang banyak makan buah limau bali.Penelitian melibatkan 58 responden yang mengalami kerosakan gusi yang cukup parah. Kenyataannya, limau bali membawa kesan positif setelah dimakan setiap hari selama dua minggu. Bahkan, kesan positif itu juga berlaku bagi perokok maupun bukan perokok. Seperti diketahui merokok adalah salah satu penyebab utama kerusakan gusi.Manfaat lain limau bali, ianya mampu membersihkan sel darah merah yang telah tua di dalam tubuh dan menormalkan hematokrit (percentage sel darah per volume darah). Sekaligus sebagai sumber antioksidan bagi penyakit kanser.
Kebaikan Buah Naga


1. Albumen mengeluarkan toksik dan mengalir keluar lebihan galian.
2. Anthocyanin membebaskan radikal dan melambatkan proses penuaan.
3. Vitamin C mencantikkan dan menyebabkan kulit kelihatan lebih cerah.
4. Pengurangan berat badan kerana buah naga kaya dengan fiber yang mudah larut.
5. Rawatan terhadap penyakit diabetes (kencing manis).
6. Mencegah penyakit kanser usus besar. Mempercepatkan proses pembuangan air besar.

Zat makanan lain yang terkandung di dalam buah naga ialah serat, kalsium, zat besi, dan fosforus yang cukup bermanfaat untuk merawat penyakit darah tinggi. Buah naga berisi merah pula sangat baik untuk memperbaiki penglihatan mata kerana kandungan karotenoidnya yang tinggi. Fitokimia di dalam buahnya juga diketahui dapat merendahkan risiko kanser.
Industri buah-buahan di luar negara menggunakan buah naga dalam pembuatan wain. Selain buah, bunga dan batang buah naga daripada spesies Selenicereus grandiflorus khususnya, digunakan dalam pembuatan ubat-ubatan yang memberikan kesan baik pada salur darah koronari dan menggalakkan peredaran darah yang baik di dalam tubuh.

KHASIAT SAYURAN DAN ULAMAN


KHASIAT SAYUR-SAYURAN

Dalam dunia moden, semua orang sibuk mengejar masa hingga kerapkali kesihatan diri kurang dititikberatkan. Tapi cukupkah dengan mengambil puluhan biji pil vitamin dalam pelbagai bentuk dan warna setiap hari? Kononnya sebagai pelengkap sajian yang dapat menampung kekurangan vitamin dan zat-zat dalam badan. Sedarkah kita sumber vitamin dan zat semulajadi yang terkandung di dalam sayur-sayuran tidak kurang banyaknya berbanding pil-pil tersebut? Telah terbukti sayuran berdaun hijau seperti cekur manis, kangkung dan kailan mengandungi kandungan Vitamin A yang tinggi. Vitamin C pula banyak didapati di dalam lobak merah dan pucuk ubi.Sayur-sayuran boleh disediakan dalam pelbagai cara. Namun begitu, cara yang terbaik adalah dengan memasaknya dalam jangkamasa yang pendek agar dapat mengekalkan sumber vitamin dan zat-zat yang terkandung didalamnya. Lebih menarik lagi, kini sayur-sayuran boleh juga didapati dalam bentuk jus. Ini bermakna kita akan dapat menikmati khasiat sayur-sayuran bila meminum jusnya.

KHASIAT ULAM-ULAMAN

Selain buah-buahan dan sayur-sayuran, ulam juga merupakan sumber utama Vitamin A, Vitamin C, Asid folik, serat dan zat galian. Kajian saintifik membuktikan serat dapat membantu melancarkan sistem penghazaman, mengurangkan lemak dan seterusnya merendahkan kadar kolestrol dalam badan. Ulam-ulaman kini juga didapati dalam bentuk jus seperti jus peria, jus pegaga, jus tomato dan Iain-lain jus ulam.Peluang untuk menikmati khasiat ulam-ulaman terbuka luas dengan meminum jus-jus ulam ini. Dengan ini mudah kita menambahkan Vitamin A, C dan zat-zat galian dalam tabiat pemakanan serta mengimbangkan diet kita dengan baik. Orang tua-tua juga mendakwa berjenis-jenis penyakit dapat disembuhkan termasuk kencing manis, darah tinggi danl ain-lain penyakit merbahaya. Bukti-bukti menunjukkan bahawa ulam juga adalah sumber awet muda. Ulam senang didapati kerana biasanya tumbuh liar atau boleh di tanam tanpa memerlukan penjagaan rapi dan tanah yang luas. Kekal cara hidup sihat, hindarkan diri dari penyakit dan jimatkan belanja dengan mengamalkan tabiat memakan ulam.

MAKAN SECARA SIHAT, NIKMATI KEHIDUPAN






Dengan gaya hidup yang sibuk serta peranan
dan tanggungjawab yang dikendalikan setiap hari, sememangnya tidak hairanlah mengapa kita tidak mempunyai banyak masa untuk makan, apatah lagi untuk makan secara
betul. Jadual yang sibuk menyebabkan lebih ramai yang mengabaikan tabiat makan yang betul. Namun demikian, kesuntukan masa bukanlah satu-satunya faktor yang menghalang kita daripada membuat pilihan makanan yang betul.
Pada hari ini, kita juga mempunyai pelbagai
jenis pilihan makanan dan tambahan lagi, hampir setiap hari kita juga dihujani dengan makluniat yang tidak benar tentang kesihatan serta pemakanan dan tuntutan tidak benar tentang makanan. Disebabkan semua ini, maka tidak hairanlah kebanyakan orang langsung tidak tahu maksud sebenar makan secara sihat.
Keadaan ini membawa kepada peningkatan
bilangan rakyat Malaysia yang menghidapi
penyakit kronik yang berkaitan dengan
diet. Jumlah yang semakin meningkat sememangnya menghairankan kerana kita telah menjadi masyarakatyang semakin maju sejak beberapa tahun yang lalu. Tetapi malangnya,
inilah yang telah menyebabkan tercetusnya
masalah ini.
• Gaya Hidup Tidak 5ihat Akibat Pemodenan
. Kehidupan dan gaya hidup yang berlandaskan
kelengkapan moden membawa kesan negatifseperti tidak mengambil berat tentang kesihatan dan tidak bergiat aktif. Kita lebih suka menontan televisyen atau menatap skrin komputerdi rumah daripada menikmati
aktiviti di luar ru-mah. Dengan gaya hidup yang sibuk, kita juga lebih gemar makan di luar daripada menikmati masakan yang dimasak
di rumah. Dan kita juga biasanya sedikit sebanyak atau langsung tidak akan memikirkan tentang kesihatan dan nilai pemakanan
makanan yang dimakan. Itu pun jika kita ingat atau inempunyai masa untuk makan! Sememangnya terdapat pelbagai jenis
pilihan makanan tetapi malangnya, kebanyakan
kita akan membuat pilihan yang salah dari segi jenis dan.kuantiti yang perlu dimakan.
• Pendekatan Holistik
Diet setta pemakanan yang sihat adalah penting untuk kesejahteraan secara am. Walau bagaimanapun, makan secara sihat hanya merupakan
satu daripada komponen ke arah mencapai kesejahteraan dan kehidupan yang bertenaga. Untuk kesejahteraan secara keseluruhan,
kita bukan sahaja perlu makan dengan betul malah kita juga perlu menitikberatkan aktiviti fizikal, kesejahteraan sosioemosi dan pencegahan penyakit. Ini merupakan empat perkara utama dalam pendekatan holistik ke arah kesejahteraan pemakanan.
1. Diet yang sihat
Diet yang sihat serta seimbang akan membekalkan
nutrien harian dan komponen makanan
lain yang membolehkan anda memiliki
minda serta tubuh yang sihat dan juga beltenaga untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian anda. Sebaiknya, makanlah pelbagai jenis makanan kerana tiada makanan khusus
yang dapat membekalkan semu.a nutrien yang diperlukan. Makanan yang berbeza dalam kumpulan yang sama (seperti beras, roti dan bijirin sarapan) membekalkan nutrien
yang berbeza dalam jumlah yang berbeza.
Makanlah diet yang seimbang berasaskan buah-buahan, sayur-5ayuran, bijirin penuh dan makanan tenusu rendah lemak setta kurangkan pengambilan lemak, gula dan garam.
2. Lebih sihat, lebih gembira!
Menjadi aktif secara fizikal adalah sama pentingnya dengan makan secara sihat. Aktiviti
fizikal akan memperbaiki kesihatan kardiovaskular,
kekuatan dan kefleksibilan membakar kalori untuk menjadikan anda. sentiasa sihat dan langsing setta membuatkan
anda kelihatan, rasa dan berfikir dengan lebih baik.
Senaman yang tidak mencukupi boleh menyebabkan
berlebihan berat badan atau obes di mana akhimya boleh mengakibatkan masalah
kesihatan yang serius. Bersenam pada hari ini akan m~manfaatkan anda di kemudian
hari, jadi bennatlamatlah untuk bersenam
sekurang-kurangnya selama 30 minit untuk kebanyakan hari dalam seminggu. Jika anda mempunyai berat badan berlebihan atau obes, maka anda perlu bersenam dengan
lebih kerap (dan untuk jangka masa yang lebih lama) untuk mengurangkan berat badan yang berlebihan.
3. Urus stres anda
Kehidupan zaman moden boleh mengakibatkan
stres tetapi makan secara sihat dan betul membolehkan anda mengendalikan stres serta menguruskan hidup dengan lebih baik. la juga meningkatkan harga diri, keyakinan
dan membuatkan anda rasa sihat.
Jangan melegakan stres anda dengan makan
atau minum mengikut nafsu. Sebaliknya, cubalah pendekatan lain seperti tidak beketja terlalu kuat, belajar untuk menguruskan masa
atau melakukan lebih banyak perkara yang anda gemari.
4. Mencegah penyakit
Pada hari ini, penyakit jantung, kanser dan diabetes semakin meluas. Tidak kira sarna ada anda menghidap ataupun tidak penyakit kronik
ini, anda masih perlu mengamalkan tabiat
makan yang sihat. Pemakanan yang baik yang digandingkan dengan gaya hidup sihat dapat membantu anda kekal sihat dan melambatkan
atau mungkin juga terus mencegah
sebarang penyakit.
Pastikan anda kerap menjalankan pemeriksaan
perubatan yang boleh mengesan serta merawat kes-kes peringkat awal penyakit jantung
dan diabetes. Ujilah paras glukosa darah,
kolesterol setta tekanan darah anda secara
kerap untuk memastikan mereka sentiasa
berada pada lingkungan paras yang disyorkan..
Jika anda mengamalkan keempat-empat pendekatan ke arah kesejahteraan yang di sebutkan di atas maka anda sudah pastinya akan terus.menikmati kehidupan han ini, han esok dan untuk jangka masa yang lebih lama lagi!

Wednesday, June 17, 2009

Makan Secara Sihat

MAKAN SECARA SIHAT




1. Makanan Sihat Berdasarkan Piramid Makanan

Makanan dikelompokkan mengikut kandungan zat-zat makanan utama dan fungsinya seperti berikut :

i. Karbohidrat untuk memberi tenaga kepada tubuh
ii Protein untuk membina sel-sel dalam tubuh,pembentukan sel darah merah serta pertumbuhan gigi dan tulang.
iii. Vitamin untuk menjauhkan penyakit.
v. Serat untuk:
- Melawaskan saluran najis.
- Mencegah sembelit, penyakit usus dan buasir.
- Mungkin dapat mengurangkan risiko penyakit jantung,diabetes dan beberapa jenis kanser.

Kumpulan zat makanan utama ditempatkan di aras-aras tertentu dalam piramid makanan bagi membantu kita mengimbangi pengambilan pelbagai jenis makanan dalam sajian atau diet kita.


Setiap aras kumpulan makanan tersebut membekalkan beberapa jenis zat makanan tertentu sahaja dan bukan kesemua zat yang diperlukan
oleh kita. Makanan yang dimakan setiap hari harus datang kebanyakannya dari aras bawah piramid dan sedikit sahaja dari atas atau puncaknya. Makanan dari sesuatu kumpulan tidak boleh dimakan menggantikan kumpulan yang lain. Untuk kesihatan yang baik, kesemua kumpulan makanan tersebut diperlukan.


Bagi menentukan badan kita mendapat semua zat yang diperlukan :

- Imbangan pengambilan makanan berdasarkan lima kumpulan makanan berdasarkan piramid makanan untuk semua hidangan harian.

- Pelbagaikan pemilihan makanan daripada setiap kumpulan dalam hidangan harian.


2. Amalan Makan Secara Sihat

a. Makan pelbagai jenis makanan.
- Tidak ada satu jenis makanan yang dapat membekalkan semua zat makanan yang diperlukan.
- Pilihlah makanan harian daripada gabungan makanan yang berasaskan piramid makanan.
- Makanlah secara teratur.

b. Imbangkan makanan yang dimakan dengan aktiviti fizikal.
- Umur, jantina dan aktiviti fizikal menentukan keperluan makanan kita.
- Kekalkan berat badan unggul.
- Jika berlebihan berat badan, tingkatkan aktiviti fizikal dan kurangkan pengambilan makanan.

c. Pilih makanan yang banyak mengandungi bijirin dan kekacang.
- Sumber tenaga yang utama haruslah diambil berasaskan bijirin. Seboleh-bolehnya, pilihlah bijirin penuh.
- Kacang kering dan kekacang adalah sumber serat dan protein yang baik.

d. Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber vitamin, mineral dan serat yang baik.
- Buah-buahan dan sayur-sayuran perlu dimakan pada setiap kali makan

e. Pilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
- Kurangkan pengambilan makanan bergoreng.
- Pilih makanan yang mengandungi rendah lemak.
- Pilih makanan yang rendah kolesterol.

f. Pilih makanan yang mengandungi kurang gula dan garam.
- Kurangkan makan makanan segera dan diproses.
- Makanlah makanan daripada bahan semula jadi atau yang disediakan segar.
- Gunakan garam dan gula secara sederhana.
- Kurangkan pengambilan snek yang mengandungi banyak garam, gula dan monosodium glutamat (MSG).
- Kurangkan penggunaan perencah yang tinggi kandungan garam dannatrium dalam masakan.

g. Banyakkan minum air kosong.
- Minum sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas sehari.
- Kurangkan minum minuman manis dan berkarbonat.

h. Makanlah makanan yang bersih dan selamat.
- Pilihlah makanan yang bersih dan selamat.
- Makan hanya di premis yang bersih.
- Amalkan cara penyediaan, penyimpanan dan penyajian makanan yang bersih.

i. Amalan pemakanan haruslah berdasarkan fakta dan bukan kepercayaan.

Zat Makanan
Sumber Makanan
Kesan Kekurangan
Iodin
Makanan laut seperti ikan dan kerang.
-Goiter(Beguk)
Zat Besi
Hati, buah pinggang, daging dan telur.
-Anemia(Pucat atau kurang darah)
Kalsium
Susu, keju, ikan sardin dan ikan bilis.
-Osteoporosis(Tulang rapuh atau mudah patah)
Vitamin A
Hati, ikan, hasil tenusu, telur,mentega, marjerin dan sayur-sayuran berdaun kuning dan berdaun hijau tua.
-Rabun malam
-Kerosakan pada selaput mata(kornea)
-Kebutaan

Vitamin B
Roti, bijirin, ubi kentang,sayuran,kekacang dan hati.
-Gangguan sistem saraf
-Kurang selera makan
-Gementar
Vitamin C
Betik, nenas, jambu batu, limau, mangga,sayuran.
-Skurvi(Penyakit gusi)
Vitamin D
Minyak ikan, hati, telur, hasil tenusu dan sinar ultraviolet.
-Pembentukan gigi kurang kuat
-Pembesaran tulang terhalang
Vitamin K
Hati, sayuran berdaun hijau, keju, mentega dan daging.
-Darah lambat beku
-Pendarahan dalam badan



3. Keburukan Snek Tidak Sihat

Snek adalah makanan ringan diambil diantara waktu makan utama. Contoh-contoh snek adalah buah-buahan, biskut, kuih-muih, keropok, gula-gula, asam atau jeruk, coklat dan minuman botol atau tin.

Snek yang sihat adalah makanan ringan yang tidak tinggi kandungan gula serta garam seperti buah-buahan dan biskut kraker.

Snek yang tidak sihat adalah makanan ringan yang tinggi kandungan gula dan garam. Ianya tidak berfaedah untuk kesihatan dan mempunyai banyak bahan perasa seperti gula-gula, coklat atau jeruk.

Keburukan snek tidak sihat adalah :
- Kandungan gula yang banyak boleh menyebabkan kerosakan gigi.
- Kandungan garam yang banyak boleh menyebabkan penyakit buah pinggang.
- Mengurangkan selera makan.
- Menyebabkan dahaga.